Tuesday, June 9, 2009

E-MAIL DARI SABRIE SHAFII

Sdr.
Yang saya cari kebenaran dan keikhlasan.
Dalam hal Tengku Temenggong Kelantan dan Manohara, FITNAH menjadi puncanya.
TT yang tersangat sayang pada isterinya Manohara, diambil kesempatan oleh Dasiy untuk memenohi apa yang dihajati, mahu Manohara selalu disampingnya, mahu kemudahan dan mahu enjoy seperti masa mudanya.

Saya sebanyak 7 kali ditipu oleh Dasiy setelah saya ke Jakarta dari bulan Oktober 2008 hingga Februari 2009 kerana ingin menyelamat MASJID yang dibina antara TT dan Manohara atas landasan CINTA sama CINTA.

Cerita dianaiya, di silet-silet, disuntik humor sehingga muntah, di sterika, di kurang dan dipaksa senyum, itu semuanya adalah FITNAH, tidak ada perkataan yang boleh saya tuturkan, tapi dari segi logiknya, adakah orang yang disiksa tidak mahu mendapat keadilan dan untuk mendapat keadilan didunia ini ianya mestilah disertakan dengan bukti-bukti.
Tapi apa yang berlaku, Manohara tidak ke dactor untuk melayakkan dia sebagai seorang yang disiksa, tapi ke MEDIA untuk berhibur dan mem buat tuduhan. Inilah perkara yang tidak adil dilakukan oleh Manohara dalam ertinya tidak ada keikhlasan dalam dirinya.
Tolong berlaku adillah kepada TT, beliau adalah orang baik dan niatnya memperisterikan Manohara untuk membawa Manohara kejalan yang benar, jalan yang di redhai oleh ALLAH swt, diberinya ustazah untuk mengajarkan sembahyang dan hukum hakam dalam Islam dan sesuai dengan kecantikan rupa parasnya dianugerahkan tittle Cik Puan Temenggong serta diberi kemewahan hidup.
Manohara dikira salah seorang rakyat Indonesia yang beruntung kerana telah menjadi Isteri kepada kerabat D'Raja Kelantan yang tentunya kehidpuan turun temurun akan sentiasa senang, tapi segalanya adalah kehendak ALLAH, jika ditakdirkan mereka berpisah, jangan dijadikan alasan untuk rakyat Indonesia membenci orang Malaysia. Dalam hal TT dan Manohara ini yang sebetulnya bermasaalah ialah Dasiy Fajarina yang telah terbukti bersalah kerana menyeksa SALIHAH dan dijatuhkamn hukuman selama 18bulan oleh mahkamah perancis.
Kenapa tidak ada rakyat Indonesia membela SALIHAH yang terang disiksa oleh Dasiy Fajarina, tapi sebaliknya menyokong FITNAH yang dibuat oleh Dasiy Fajarina terhadap TT. Sedangkan Manohara senang dan gembira hai ini.
Salam dan saya terima baik sekiranya Sdr ada saranan untuk TT dan Manohara.
saya tak ada niat lain, melainkan mempertahankan TT daripada diserang dan difitnah kerana saya tahu cerita dari awal perkenalan mereka berdua.